Monday, September 22, 2008

Sumbangan Armalah Dan Cek Kifaalah





Ketua Pemuda Dun Pengkalan Kubor sedang menberi motivasi kepada warga Armalah dan penerima manfaat Kifaalah Dun Pengkalan Kubor.Majlis diadakan pada 21hb sept 2008 di Perkarangan Balai Penggawa Cabang Tiga Geting .Seramai 232 warga armalah telah menerima sumbangan pada majlis itu yang berjumlah Rm42400.00 sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Tumpat.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ust Wan Mohd Jamil Wan Mahmood iaitu Penyelia Dun Pengkalan Kubor merangkap Yang Dipertua Pas Kawasan.
Turut hadir pada majlis ini ialah En Nawawi bin Adam yang merupakan Pegawai Khas kepada Datuk Kamaruddin Jaafar,Ahli Parlimen Tumpat yang turut manyampaikan sumbangan Kifaalah kepada wasi - wasi yang hadir seramai 12 orang.



Ajk Pemuda,Ahli Mtd dan Penghulu mukim hadir sama bagi membantu menjayakan majlis ini.

Sekian

1 comment:

Unit Siaraya Pemuda Dun said...
This comment has been removed by the author.