Saturday, September 20, 2008

Program Singgah Berbuka DPPKT 08




13 Ramadhan 1429 Pemuda Dun bersama Pemuda Kawasan menjayakan program Singgah Berbuka Dppkt 08 di Kg Kedai Geting dan Kg Raja Geting.Ust Wan Mohd Jamil Wan Mahmood turut turun padang dalam menjayakan program ini. Rombongan yang diketuai oleh Ust Hj Wan Jamil Wan Mahmood dibawa ke Kg Kedai Geting yang di pandu arah oleh En Afandi Safii yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan itu untuk menyampaikan sumbangan barangan dapur dan zakat kepada 20 penduduk miskin dan armalah.
Manakala Ketua Pemuda iaitu Ust Ropein Hassan telah di bawa ke Kg Raja Geting yang mana 20 buah rumah juga di kenal pasti Setelah siap menberi sumbangan kedua-dua kumpulan telah bertemu di Kg Raja untuk berbuka di sebuah rumah penduduk yang juga penerima sumbangan.



Sebelum berbuka Penyelia Dun dan Ketua Pemuda sempat Memberi Tazkirah ringkas sebagai perangsang
dalam kegiatan kebajikan bagi mendaulatkan Islam.
Setelah berbuka Penyelia Dun bersama Pemuda bersolat Jamaah
di surau berdekatan

Pemuda sedang mendengar Tazkirah sebelum berbuka

No comments: