Wednesday, October 29, 2008

Majlis Hari Raya Parlimen Tumpat



Tahniah PAS Kawasan Tumpat kerana telah berjaya mengadakan Majlis Hariraya Aidilfitri Parlimen Tumpat.Majlis yang diadakan Pada 27 Syawal 1429h di padang kemahkotaan Bandar Tumpat amat berjaya yang di kunjungi lebih kurang seramai 15000 orang yang bukan saja dari Parlimen Tumpat malah majlis ini jugak di kunjungi oleh
tetamu dari luar iaitu dari Parlimen Permatang Pauh yang datang menaiki 3 buah bas seramai 120 orang



Semua pimpinan Pas Kawasan hadir pada majlis ini iaitu YB Dato Kamarudin Jaafar ( ahli Parlimen Tumpat ) , YB Dato Hj Ahmad Yaacob ( Adun Pasir Pekan ) YB Che Abdullah Mat Nawi ( Adun Wakaf Bharu ) YB Mohd Zaki Ibrahim ( Adun Kelaboran ) kecuali Yang Dipertua Pas Kawasan kerana uzur dan masih dirawat di Hospital.



Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Dan Isteri.Ahli Parlimen Pasir Puteh iaitu YB Ustaz Muhamad Hussain turut hadir.
Pada majlis ini sebanyak 6 ekor Lembu di sembelih untuk di sajikan kepada tetamu termasuk juadah hari raya seperti ketupat, tapai dll.




























Kami Ajk Pemuda Dun Pengkalan Kubor yang di ketuai oleh Al-Fadhil Ust Hj Ropein Hassan di tugaskan untuk menyediakan minuman kepada tetamu.
Sambil menjamu selera tetamu di hiburkan dengan coleteh pengacara majlis dan lagu-lagu hari raya oleh Unit Siaraya Dun Pengkalan Kubor.







Gambar-Gambar Sekitar Program
















Ajk Pemuda Dun Pengkalan Kubor Bersantai Sambil Berehat Selepas Program







Thursday, October 16, 2008

Aduhai Dato' Paduka

"Assalamualaikum. Kepada Y ang Berhormat Dato’ Paduka Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas.

Pertamanya, tahniah saya ucapkan kepada YB Dato’ kerana telah memenangi kerusi parlimen bagi kawasan Pasir Mas di dalam pilihan raya umum yang lepas. Ucapan ini walaupun mungkin agak terlewat tapi saya rasakan masih relevan khususnya di dalam keadaan YB Dato’ pada hari ini yang saya kira semakin ditonjolkan oleh media massa setelah tenggelam agak lama selama ini.

Yang Berhormat Dato’, saya merupakan salah seorang pengundi di dalam parlimen Pasir Mas yang telah mengundi YB Dato’ di dalam pilihan raya yang lepas. Di dalam parti, saya merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS di dalam kawasan parlimen YB Dato’. Sayalah yang diamanahkan sebagai pengerusi di dalam majlis memperkenalkan calon di dalam pilihan raya umum yang lepas di Mini Stadium Pasir Mas. Semoga Allah mengampuni kesilapan saya apabila saya mengatakan YB Dato’ sebagai wira rakyat. Demi Allah, saya tidak berkata demikian kecuali hanyalah kerana mahukan kemenangan YB Dato’ yang bertanding di atas tiket parti kami.

Walaupun sejarah YB Dato’ cukup pedih untuk saya ingati, khususnya caci nista yang pernah YB Dato’ lemparkan kepada pimpinan PAS, saya dan juga saya pasti penyokong-penyokong PAS yang lain tetap mengundi YB Dato’ di atas dasar patuh dan kasih kami kepada para pimpinan. Saya mengikuti perkembangan YB Dato’ dari jauh dan dekat. Saya juga mendengar sumpah seranah terhadap UMNO dan Tun Dr Mahathir keluar dari mulut YB Dato’ sendiri ketika berkempen di dalam pilihanraya umum 1990 di atas pentas Semangat 46.

Walaupun ketika itu umur saya masih di dalam usia kanak-kanak, tetapi saya tidak mudah lupa sebagaimana YB Dato’. Lantas, ketika YB Dato’ dilucutkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO pada tahun 2004 yang lepas, saya telah menulis memberikan amaran agar jangan ada sesiapa yang menumpahkan simpati kepada YB Dato’.(tulisan dulu)

Hari ini, YB Dato’ kembali menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas. Tahniah. Namun, YB Dato’ perlu mengetahui, kemenangan ini adalah kemenangan ihsan dari parti kami.

Parti kami tidak pernah meletakkan calon yang tidak berlatar belakangkan pendidikan agama di kawasan ini semenjak kebelakangan ini. Pasir Mas tempat suburnya pondok-pondok pengajian agama, tuan-tuan guru bertebaran di sini. Tetapi pimpinan kami YAB Tuan Guru tetap memberikan tempat kepada YB Dato’ untuk menjadi calon. Beliau mempunyai pertimbangan tersendiri. Namun, untuk pengetahuan YB Dato’, lewat kunjungan Tuan Guru ke kawasan ini beberapa kali, kami menekankan bahawa calon yang kami mahukan ialah ulama’. Kami menolak nama YB Dato’ sebagai calon. Tetapi entah jampi serapah apa yang YB Dato’ gunakan, akhirnya nama YB Dato’ tetap muncul sebagai calon.

Secara peribadi, saya sungguh hampa. Tetapi saya tidak seperti YB Dato’ yang mudah melenting dan muncul sebagai hero. Saya taat kepada pimpinan yang saya kasihi. Mungkin suasana genting yang melanda kerajaan Kelantan menyebabkan Tuan Guru memilih YB Dato’ untuk mengurangkan risiko. Dalam kepedihan mengingati sejarah hitam YB Dato’, saya mengizinkan tangan ini menurunkan undi memenangkan YB Dato’. Bukan setakat itu, saya bekerja siang dan malam berkempen untuk kemenangan YB Dato’.

Tahukah YB Dato’, kempen-kempen dan ceramah kelompok yang diadakan menjelang PRU yang lepas parti kami peruntukkan jua ruang untuk wakil YB Dato’ datang menyampaikan ucapan. Kadang-kadang mereka hadir, kadang-kadang tidak. Di saat tiada wakil YB Dato’ datang untuk berkempen, kami turut sama menyelitkan pujian kepada YB Dato’ dalam usaha mempengaruhi pengundi memberikan kemenangan kepada YB Dato’. Bagi saya sendiri, secalar manapun luka yang saya alami, tentu sekali Tuan Guru lebih tercalar hatinya.

Dan kalau Tuan Guru boleh memberikan kemaafan, kenapa tidak saya? Itulah yang pimpinan kami di Pasir Mas fikirkan. Kerana itu, sewaktu saya bangun menggesa agar Pas Kawasan Pasir Mas meluluskan usul tergempar memberikan amaran kepada YB Dato’ lewat muktamar yang lepas, Yang diPertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Nuh lantas menegur saya dan tidak ingin memanjangkan perkara tersebut di atas asas menghormati pimpinan pusat. Lihatlah pimpinan kami yang pernah dicabar oleh YB Dato’ di dalam pilihanraya 1999 dan 2004 tidak bersultankan dendam peribadi malah turun bersama-sama YB Dato’ di dalam perarakan penamaan calon. Ingatkah YB Dato’ saat-saat itu?

Ternyata sekali, YB Dato’ tidak pernah mengambil iktibar daripada sejarah. Hari ini, saya melihat nama YB Dato’ seringkali terpampang di dada akhbar dan juga menghiasi kaca televisyen ; satu perkara yang YB Dato’ tidak akan bermimpi untuk mendapatkannya jika tidak bergelar ahli parlimen.

Namun sayang, suara YB Dato’ sudah mula sumbang. YB Dato’ melupakan prinsip Pakatan Rakyat yang disertai oleh parti yang memberikan kemenangan kepada YB Dato’. Di dalam kawasan, saya tahu YB Dato’ sudah mula renggang dengan pengundi-pengundi YB Dato’ sendiri. Bukanlah menjadi kesalahan apabila YB Dato’ merapati ahli-ahli UMNO, tetapi dengan di dalam masa yang sama, YB Dato’ renggang malah enggan bertemu dengan kami, YB Dato’ seolah-olah sudah menjadi ahli parlimen UMNO di dalam kawasan Pasir Mas. Dan itulah yang sedang diratib oleh penduduk-penduduk kampung.

Di dalam bulan Ramadhan yang lepas, YB Dato’ mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama ahli UMNO dan sudah hilang perhatian YB Dato’ kepada ahli-ahli parti yang mengundi YB Dato’, apakah makna semuanya ini kalau tidak kecenderungan untuk YB Dato’ bersama-sama dengan UMNO kembali?

YB Dato’ usahlah merasa hairan kalau setiap kali wajah YB Dato’ terpampang di tepi-tepi jalan di atas sepanduk yang digantung, ianya menjadi mangsa samada dicat ataupun dikerat. Entah betul entahkan tidak berita yang saya dengar ini. Namun jika ia benar, ia hanyalah satu tanda kecil betapa pengundi-pengundi Pasir Mas sudah benar-benar meluat dengan suara sumbang YB Dato’. Bahkan rasa meluat itu sudah menjadi rasa benci yang terlampau hebat. Maka oleh yang demikian, walaupun tidak mewakili parti yang saya sertai, saya benar-benar berharap agar YB Dato’ tidak meneruskan suara sumbang atau setidak-tidaknya YB Dato’ boleh diam kerana diam itu lebih bijaksana daripada bercakap dengan menampakkan tergiurnya YB Dato’ kepada UMNO semula.

Saya tidak tahu apakah rentak YB Dato’ selepas ini. Namun saya ingin memberikan satu janji, andainya YB Dato’ masih meneruskan suara sumbang ini, inilah penggal terakhir YB Dato’ sebagai wakil rakyat kawasan kami. Saya akan berusaha siang dan malam memastikan kekalahan YB Dato’ di dalam pilihanraya yang akan datang. Percayalah, walaupun kudrat saya terbatas, tetapi demi untuk memastikan kekalahan YB Dato’, kudrat yang terbatas ini akan dikerahkan jua. Dan saya sungguh bangga andainya YB Dato’ dapat diberikan pengajaran yang berguna nanti.

Semoga YB Dato’ mendapat makluman yang sewajarnya di atas kiriman warkah ini.

Sekian.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

15 OKTOBER 2008



ahmadfadhli

Saturday, October 11, 2008

Pakatan pilih cara aman tukar kerajaan - Anwar


KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) - Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, lagi pun rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu.
"Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh," katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, malam tadi.
Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Ceramah itu turut mendapat liputan sebuah stesen televisyen dari Australia yang memfokuskan segmen kebangkitan semula Anwar.
Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan wakil-wakil rakyat Kelantan.
Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.
"Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan. Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan.
"Malah Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan," katanya.
Pada ceramah itu sekali lagi beliau menegaskan Islam menjadi tunggak utama kerajaan baru sebagaimana yang termaktud dalam perlembagaan.
Katanya menjadi keutamaan Pakatan Rakyat untuk terus memartabatkan Islam dan PAS tetap menjadi penaju utama kepada kerajaan baru.
Menurutnya, setiap dasar kerajaan akan diputuskan bersama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dan bukan menjadi dominan kepada pihak tertentu sahaja.
Anwar juga memberitahu beliau tidak setuju dengan cara pemimpin Umno menghina begitu rupa presiden mereka sehingga terpaksa membuat keputusan berundur Mac depan.
"Oleh itu baki lima bulan yang ada sekarang Perdana Menteri hendaklah menggunakan ruang tersebut bagi memulihkan kembali reputasinya. Pertama membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kemunting.
"Dato' Seri Abdulllah tidak perlu lagi takut kepada pemimpin lain dalam Umno kerana mereka sudah meneranjangnya sekarang," tambahnya.
Beliau berkata, sekiranya Abdullah tidak menggunakan peluang tersebut, Pakatan Rakyat akan melakukannya dengan membebaskan semua tahanan ISA apabila dapat membentuk kerajaan kelak.
Hujah itu turut disokong Husam yang mahu Perdana Menteri menggunakan baki kuasa yang ada sekarang kerana penggunaan ISA muktahir ini begitu meragukan sekali.
"Tidak pernah berlaku orang yang dikatakan kena ugut ditahan dan orang yang mengugut pula bebas di luar," katanya.
Beliau juga berkata, petanda-petanda kejatuhan kerajaan BN semakin jelas sekarang apabila perpecahan dalam parti semakin ketara.
Sebab itulah sekarang menurutnya, rakyat tidak sabar lagi menunggu kerajaan baru dibentuk dan bukan lagi sekadar pertukaran Abdullah kepada Najib.
Saifuddin menjelaskan biar pun Najib menggantikan Abdullah pada Mac depan ia tidak menjanji apa-apa perubahan kepada rakyat kerana dasar parti tetap sama.
"Institusi polis, peguam negara, badan rasuah masih lagi terkial-kial sekarang. Kerajaan yang diketuai Najib juga tidak menjanjikan masa depan yang baik.
"Oleh itu anggota-anggota parlimen BN dipelawa menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar telus dan adil dapat dibentuk melalui simple majority," ujarnya. - mj _

Wednesday, October 8, 2008

Selamat Tinggal UMNO



KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. – Utusan.